Tag: Ringgit
Ringgit diramal rendah minggu depan
Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd Pong Teng Siew berkata, harga minyak mentah dijangka kekal lemah, dipengaruhi lebihan bekalan yang akan memberi kesan kepada kepada mata wang tenmpatan.
Ringgit diniaga tinggi minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dan sekitar paras 4.2, didorong oleh sokongan belian pelabur tempatan dan asing susulan pemulihan ekonomi global serta perkembangan ekonomi tempatan yang positif.
Harga minyak tinggi sokong pengukuhan ringgit
Naib Presiden FXTM Corporate Development/Market Research, Jameel Ahmad berkata, ringgit mendapat sokongan berikutan keputusan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran selama sembilan bulan lagi, yang akan menyokong selera risiko dan mata wang pasaran membangun.
Paras semasa ringgit cermin asas kukuh ekonomi, kata BNM
"Paras (ringgit) akan dicerminkan oleh kekukuhan ekonomi, kami membiarkan pasaran mencari parasnya sendiri dan ia akan banyak bergantung kepada permintaan dan penawaran dolar-ringgit," katanya.
Ringgit 4.2943 berbanding dolar
Ringgit mengukuh pada paras tertinggi kepada 4.2943 berbanding dolar Amerika Syarikat berikutan kenaikan harga minyak.
Ringgit diunjur kukuh 4.3 berbanding dolar AS
Ringgit dijangkakan kekal kukuh sekitar 4.30 kepada dolar AS minggu depan, didorong kesan limpahan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
BNM kemungkinan perkenal pendekatan kukuh pasaran kewangan
Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, ketika ini pihaknya sedang menganalisis dua langkah yang diperkenalkan pada Disember tahun 2016 dan 13 Mac lalu.
Tiada ada sebab ekonomi negara akan musnah September ini – Mustapa
Ini Nujum Pak Belalang, semakin dekat pilihan raya pelbagai dakwaan ditimbulkan. Sedangkan tidak ada sesiapa yang mampu membuat unjuran yang tepat berkaitan soal tersebut.
Ringgit diramal lebih kukuh
Peniaga Kanan OANDA, Stephen Innes berkata, permintaan ringgit oleh pelabur adalah sederhana di tengah-tengah pengimbangan pasaran yang berusaha kekal di depan dan tengah.
Ringgit diramal naik berbanding dolar
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan jangkaan kelemahan mata wang negara maju itu serta peningkatan harga komoditi.














