KUALA LUMPUR – Aset-aset Malaysia kembali menyokong berikutan para pelabur memberi tumpuan menggalakkan terhadap tanda-tanda pemulihan ekonomi berbanding skandal yang menyentuh kepimpinan tertinggi kerajaan.

Peralihan tumpuan itu bermakna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berhadapan dengan serangan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mungkin akan mengadakan pilihan raya awal bagi mengukuhkan kedudukan beliau.

Ringgit dengan mudah menjadi mata wang utama Asia yang kukuh pada suku ini, mendaki lebih dua kali lebih banyak berbanding yuan China.

Dana-dana global telah membeli stok paling banyak di Malaysia setakat ini, sama pada tahun 2013 dan aliran masuk bersih ke pasaran bon melonjak pada bulan April dan Mei.

Malaysia telah digegarkan oleh penyiasatan yang meluas berhubung 1MDB, tetapi pertumbuhan dua angka dalam eksport negara telah mengangkat ekonomi kepada 5.6 peratus pada suku pertama ini tertinggi sejak awal tahun 2015.

“Dengan memperbaiki keadaan makro ekonomi di Malaysia, kami menjadi lebih positif pada prospek tinjauan pertengahan tahun 2017, walaupun masih ada kebimbangan politik dan rasuah,” kata pengurus dana Pioneer Investment Management Ltd., yang mengawasi pelaburan sebanyak AS$244 bilion di seluruh dunia.

“Selagi terdapat pemulihan dalam data makro dengan sokongan global dan harga tenaga yang stabil, kami positif untuk Malaysia,” kata Aksoy, Pengurus Dana Pioneer Investment Management Ltd..

Pioneer Investment Management Ltd., mengawasi pelaburan sebanyak AS$244 bilion di seluruh dunia.

Pelabur-pelabur luar negara telah membeli sejumlah AS$2.48 bilion ekuiti tempatan pada tahun ini, aliran dalaman terbesar di Asia Tenggara.

Indeks FTSE Bursa Malaysia telah mecapai rekod tertinggi dalam tempoh dua tahun pada 16 Jun lalu selepas saham-saham teknologi, bank dan pembinaan melonjak.

Samsung Asset Management membeli saham perbankan, hartanah dan pembinaan Malaysia dengan jangkaan kerajaan akan memberi suntikan menjelang pilihan raya, menurut pengurus dana yang berpangkalan di Hong Kong, Alan Richardson. Sementara itu, ia menggabungkan teknologi dan pegangan berkaitan komoditi.

“Kitaran domestik akan mengatasi prestasi sementara kitaran global pula dijangka menjadi kurang baik,” kata Richardson yang menambah ia disebabkan “gabungan rangsangan kewangan global dan rangsangan pilihan raya awal domestik.”

Keuntungan pasaran saham muncul apabila ringgit pulih dari paras terendah 19 tahun. Selepas gagal kenaikan yang panjang sebelumnya dalam mata wang serantau, ia mengukuh apabila pertumbuhan meningkat dan kebimbangan merosot berikutan langkah awal oleh bank pusat untuk menghalang spekulator mata wang.

Pelabur bon juga telah kembali dalam pasaran dengan sekuriti hutang Malaysia menarik lebih daripada RM16 bilion (AS$3.7 bilion) pada bulan April dan Mei selepas mencatatkan aliran keluar terpanjang dalam tempoh dua tahun.

Hasil pada catatan 10 tahun telah menurun 56 mata asas menjadi 3.9 peratus sejak mencapai lapan tahun tinggi pada bulan November.

Namun, bukan semua berkeyakinan terhadap Malaysia. Nomura Holdings Inc. lebih cenderung menilai saham tempatan lebih rendah dengan mengambil kira penilaian tinggi dan keraguan bahawa momentum pertumbuhan dapat dikekalkan.

“Saya sukar untuk mewajarkan kisah sebenar Malaysia sambil mengabaikan risiko penilaian dan sedia ada di pasaran Malaysia,” kata Mixo Das, Ahli Strategi Ekuiti Asia Tenggara di Singapura.

Katanya: “Pasaran mungkin naik sedikit sehingga pilihan raya, tetapi apa yang berlaku selepas itu?”

Tempoh pemerintahan Kerajaan Persekutuan adalah sehingga pertengahan tahun 2018, tetapi terdapat spekulasi semakin meningkat bahawa Najib akan mengadakan pilihan raya berikutan peningkatan pertumbuhan dan parti-parti pembangkang saling berbalah.

Spekulasi itu diperkukuhkan apabila pada awal bulan ini, Perdana Menteri berkata, persediaan untuk pilihan raya berjalan lancar.

Prospek ekonomi telah membantu mengatasi tajuk utama yang melibatkan 1MDB, yang merupakan tumpuan dalam pertuduhan dan siasatan melibatkan beberapa negara.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berusaha untuk mendapatkan sejumlah AS$1.8 bilion aset yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB.

Aduan yang difailkan di mahkamah Amerika Syarikat mendakwa dari tahun 2009 hingga 2015, lebih daripada AS$4.5 bilion milik 1MDB disalahgunakan.

Bagi Schroder Investment Management Ltd., faktor ekonomi mengimbangi politik apabila melabur dalam bon Malaysia.

Ia juga memihak kepada ringgit berikutan tinjauan positif Malaysia.

“Pertimbangan utama meningkatkan dinamik fiskal, dinamik di sekitar polisi Bank Pusat, dasar ekonomi yang menarik, kepekaan terhadap pasaran maju dan pembangunan China,” kata Manu George, Pengarah Pendapatan Tetap di Singapura di firma tersebut. – MalaysiaGazette