SHAH ALAM – Seorang lelaki maut ditikam rakan baiknya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam satu kejadian di sebuah rumah di Pandamaran, Klang, dekat sini petang semalam.

Beliau berkata bagaimanapun, lelaki berumur 55 tahun berkenaan maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akibat kecederaan parah pada bahagian dada akibat tikaman senjata tajam.

Katanya, terdahulu, laporan polis mengenai kecederaan dialami mangsa dibuat oleh seorang pegawai perubatan bertugas di HTAR kerana mengesyaki berlaku insiden mencurigakan ke atas lelaki tersebut.

Menurut Shamsul Amar, siasatan awal mendapati kejadian pembunuhan berlaku selepas suspek OKU berumur 51 tahun itu dipercayai kurang senang dengan mangsa kerana sering mengejek fizikalnya yang mengalami kudung kaki kanan.