Penduduk Palestin mengusung mayat mangsa pengeboman Israel di luar Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir el-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada 27 Julai 2024 di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan pergerakan Hamas Palestin. Foto AFP

GAZA – Tentera Israel telah menyerang sebuah sekolah berhampiran Deir al-Balah, sebuah bandar di tengah Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 100, menurut kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menerusi Telegram berkata, pusat arahan dan kawalan Hamas telah bertapak di dalam Sekolah Khadija.

IDF mendakwa, Hamas menggunakan kawasan itu sebagai tempat persembunyian untuk mengarahkan dan merancang serangan dan menyimpan senjata.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, rakaman menunjukkan mangsa adalah orang awam dan kebanyakannya kanak-kanak.

Perkhidmatan pertahanan awam Gaza berkata, sekolah yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal.

Hamas dalam satu kenyataan di Telegram berkata, bahawa laporan sekolah itu digunakan untuk tujuan ketenteraan adalah palsu.

Tegasnya, serangan berkenaan telah mengakibatkan para pesakit yang terlantar kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan tersebut.

Video dari tempat kejadian menunjukkan keadaan huru-hara, dengan orang ramai berlari mengelilingi kawasan yang diliputi runtuhan.

Dua lelaki mendukung membawa dua kanak-kanak berlumuran darah manakala seorang wanita memeluk individu kaub, dan sekumpulan lelaki menyusung seorang lelaki yang cedera.

Terdapat mayat-mayat terbaring di atas tanah.

IDF berkata, sebelum serangan itu ia mengambil langkah untuk mengurangkan risiko kepada orang awam “termasuk penggunaan peluru yang sesuai, pengawasan udara dan risikan tambahan”.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, 53 orang terbunuh dan 189 cedera sejak pagi Sabtu akibat pengeboman IDF di Deir al-Balah dan bandar selatan Khan Younis.

Serangan itu berlaku ketika Israel meneruskan kempen ketenteraan selama berbulan-bulan di Gaza yang telah membunuh lebih 39,000 rakyat Palestin, menurut kementerian kesihatan Gaza.

Peperangan bermula apabila Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober 2023 membunuh kira-kira 1,200 orang dan menjadikan 251 tebusan.

IDF berkata, ia akan “beroperasi secara paksa” selepas melaporkan tembakan roket “ketara” ke arah Israel dari selatan Khan Younis dan “perisikan tepat menunjukkan Hamas telah membenamkan” infrastruktur di kawasan kemanusiaan.

Tentera Israel memberi amaran kepada orang awam bahawa kawasan ini kekal berbahaya.

IDF mengeluarkan peta yang menunjukkan kawasan kemanusiaan yang semakin berkurangan di al-Mawasi.

Tentera mengecilkan zon itu pada hari Isnin apabila ia mengarahkan pemindahan sebahagian daripada kawasan kemanusiaan menjelang operasi terhadap pejuang Palestin yang nampaknya telah berkumpul semula di sana.

Selepas arahan pemindahan, Kementerian Kesihatan Gaza berkata sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh akibat serangan Israel di sekitar Khan Younis. – Agensi