File picture

TOKYO – Jepun mengalami suhu paling panas pada bulan Julai dalam tempoh 126 tahun lalu, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Suhu purata di negara ini adalah 2.16 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata 1.91 darjah Celcius Julai tahun lalu.

“Ia adalah yang tertinggi sejak statistik bermula pada 1898,” kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA) sambil menyatakan bahawa angka itu “jauh lebih tinggi” di seluruh negara.

Daripada 153 pos pemerhatian di seluruh Jepun, 62 memecah rekod suhu purata mereka pada bulan Julai.

Faktor penyumbang termasuk sistem tekanan tinggi di Pasifik dan “udara panas dari selatan” yang menyelubungi bahagian utara kepulauan itu, kata JMA.

Sejak April, strok haba telah mengorbankan 59 orang di Jepun, menurut agensi pengurusan bencana.

Bulan lalu, Shizuoka di barat Tokyo menjadi wilayah Jepun pertama yang menyaksikan merkuri mencapai 40 darjah Celsius (104 Fahrenheit) tahun ini melepasi ambang 35 darjah yang dianggap “sangat panas” oleh pihak berkuasa.

Gelombang haba menjadi semakin biasa di seluruh dunia, dengan pemantau iklim Kesatuan Eropah mengatakan pada bulan Julai bumi mengalami hari paling panas dalam sejarah yang direkodkan.‎- Agensi