Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Pembelian 37 peratus pegangan ekuiti dalam PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) Indonesia bernilai US$505.4 juta (RM2.26 bilion) merupakan pulang baik untuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengembangkan perniagaannya, kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (DEAS).

“FELDA sudah lama berhasrat untuk berkembang dan mereka memerlukan simpanan tanah itu,” kata Ketua Eksekutifnya, Wan Saiful Wan Jan kepada Bernama.

FELDA hari ini mengumumkan pembelian ekuiti EHP yang disenaraikan di Bursa Saham Jakarta, memberi akses kepada lebih 320,000 hektar tanah di Indonesia, iaitu kira-kira 4.4 kali keluasan Singapura, termasuk lebih 125,000 hektar yang sudah ditanam dengan sawit.

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata, disebabkan FELDA merupakan syarikat berkaitan kerajaan, adalah penting pembelian itu dibiayai melalui urusan yang tidak menimbulkan risiko tinggi kepada kerajaan.

“Adalah tidak boleh diterima jika urusan itu akan menyebabkan pembayar cukai menanggung risiko yang berpunca daripada FELDA.

“Jika risiko itu hanya ditanggung FELDA, saya berharap pembelian itu akan mewujudkan sinergi yang sangat diperlukan FELDA dalam usaha menghasilkan nilai lebih tinggi kepada pemegang saham,” tambahnya.

— BERNAMA