KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sehingga malam ini kepada individu yang cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan berkata, kegagalan berbuat demikian akan mendorong pihaknya mendedahkan identiti individu terbabit, termasuk mengedarkan gambarnya menerusi media.

Katanya, maklumat individu berkenaan telah diperoleh dalam pertemuan dengan Sultan Johor yang menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, pada Isnin lepas.

Isnin lalu, Sultan Johor mengesahkan meminta wakil SPRM mengadap bagi mendedahkan nama individu yang cuba merasuah baginda sebanyak RM2 juta.

Ia bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan