Home Nasional Penduduk Malaysia 32.2j

Penduduk Malaysia 32.2j

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan sejumlah 32.2 juta penduduk pada suku ketiga tahun ini.

Daripada jumlah itu, seramai 16.616 juta adalah penduduk lelaki manakala 15.539 juta adalah wanita.

Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya berkata, jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 1.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, sebanyak 129,500 kelahiran direkodkan pada tempoh berkenaan, merosot 0.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Manakala sebanyak 40,700 kematian dicatatkan sepanjang suku ketiga tahun ini. – MalaysiaGazette