Pereka Fesyen, Azhar Zainal bercakap kepada media selepas pada majlis Pelancaran Jenama Azhar Zainal di Loka Malaysia, NU Sentral, Kuala Lumpur. foto MIRZA HASIM, 15 OGOS 2018
Pereka Fesyen, Azhar Zainal bercakap kepada media selepas pada majlis Pelancaran Jenama Azhar Zainal di Loka Malaysia, NU Sentral, Kuala Lumpur. foto MIRZA HASIM, 15 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Pereka tempatan jangan takut untuk menghasilkan busana untuk golongan bertubuh besar atau ‘plus size’ kerana bimbang rugi, kata Azhar Zainal. 

Pengarah dan pereka fesyen itu berkata, sepatutnya golongan ‘plus size’ tidak hanya dianggap golongan minoriti lagi di dalam negara, sebaliknya perlu diberi layanan yang sama khususnya dalam berfesyen. 

“Kebanyakan pereka takut baju mereka tidak terjual sebab tu banyak reka baju kecil-kecil sahaja. 

“Tapi macam mana kita nak jadikan  golongan ‘plus size’ seronok berbelanja baju dalam negara sebab tu saya nak buat baju untuk size besar,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis pelancaran jenama Azhar Zainal. 

MGF15082018_FESYEN AZHAR ZAINAL09
Sebahagian fesyen baju bersaiz besar pada majlis Pelancaran Jenama Azhar Zainal di Loka Malaysia, NU Sentral, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 15 OGOS 2018.

Seperti dirinya, Azhar mengajak pereka-pereka tanah air untuk ‘bermain’ saiz busana yang pelbagai dalam menghasilkan busana mereka. 

Ujarnya saiz yang besar tidak seharusnya dijadikan halangan untuk seseorang memperagakan busana yang indah. 

MGF15082018_FESYEN AZHAR ZAINAL04
Pertunjukkan fesyen baju bersaiz besar pada majlis Pelancaran Jenama Azhar Zainal di Loka Malaysia, NU Sentral, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 15 OGOS 2018.

“Pereka perlu jelajah saiz, satu perkara yang baik untuk saling menjelajah rekaan dengan semua saiz,” ujarnya lagi. 

Azhar dalam mengetengahkan koleksi hari ini berkata, beliau bakal menyertai Borneo Fashion Week pada 7 hingga 9 September nanti. 

MGF15082018_FESYEN AZHAR ZAINAL13
Pelakon dan pelawak, Vicha Saywho pada majlis Pelancaran Jenama Azhar Zainal di Loka Malaysia, NU Sentral, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 15 OGOS 2018.

Pereka muda yang lahir pada 8 November 1989 ini berkata, idea untuk mengetengahkan busana untuk golongan ‘plus size’ tercetus apabila isterinya sukar untuk mendapatkan baju. 

Justeru beliau mendapati ia merupakan masalah yang sangat sinonim kepada kumpulan ‘plus size’ yang seolah-olah dipinggirkan. 

MGF15082018_FESYEN AZHAR ZAINAL03
Pertunjukkan fesyen baju bersaiz besar pada majlis Pelancaran Jenama Azhar Zainal di Loka Malaysia, NU Sentral, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 15 OGOS 2018.

Beliau yang berasal dari Melaka ini pada akhirnya  menganggap pereka juga mempunyai tanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat tentang ‘body shaming’ iaitu budaya mengejek saiz badan yang dilihat menjadi-jadi dewasa kini.

“Kita kena raikan apa juga saiz sekalipun sebab itu fokus saya dalam rekaan saya adalah #plussizediversity,” ujarnya yang menyediakan pelbagai jenis busana untuk golongan ‘plus size’ bermula dari gaun malam, kasual dan sebagainya. -MalaysiaGazette