Tabung haji
Orang ramai diminta tidak menyerahkan sebarang deposit kepada mana-mana pihak selagi tidak mendapat surat tawaran.

KUALA LUMPUR – Semua jemaah haji Malaysia di Arafah dalam keadaan selamat selepas ribut melanda kawasan itu lewat petang semalam.

Malah, tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Lembaga Tabung Haji berkata, ribut di Arafah bermula pukul 6.30 petang sehingga 8 malam waktu Arab Saudi.

“Semasa kejadian ribut dan hujan tersebut, pihak bomba telah mengarahkan bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamatan para jemaah haji yang berada di Arafah.

“Semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” menurut Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia menambah, pemeriksaan menyeluruh telah dilaksanakan di setiap maktab dan terdapat beberapa khemah jemaah haji Malaysia mengalami kerosakan dan kini dalam proses baik pulih oleh pihak Muassasah Asia Tenggara.

Bekalan letrik disambung semula secara berperingkat mulai pukul 10.45 malam.

Tambahnya, waris dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah. – MalaysiaGazette