Dr Halimah Ali
Dr Halimah Ali

PETALING JAYA – Dr Halimah Ali dan jentera Pas bagi kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di DUN berkenaan, Selangor dan Malaysia amnya.

Beliau mengajak rakyat menghayati falsafah korban sebagaimana diterjemahkan oleh Nabi Ibrahim sekeluarga, bagaimana Baginda melakukan sesuatu terhadap anaknya, kerana patuh kepada perintah Allah.

“Mudah-mudahan sambutan Hari Raya Korban tahun ini adalah sambutan hari raya yang terbaik yang akan menginsafkan kita dan akan mendorong kita untuk membuat pengorbanan yang semaksima kerana Allah.

“Saya harapkan nanti, terjemahkan pengorbanan itu pada 8 September ini (hari mengundi) supaya kita boleh berkorban untuk menyelamatkan umat Islam kita di Selangor khususnya, di Malaysia amnya,” katanya dalam perutusan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat bersama-sama menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh keinsafan, yang mana perlu berkorban untuk mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat. – MalaysiaGazette