Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr. Mahathir Mohamad. foto HAZROL ZAINAL

BEIJING –  “Saya tidak tahu sama ada Jho Low berada di  China,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, beliau benar-benar tidak tahu di mana Jho Low berada sekarang kerana maklumat yang menyatakan beliau bersembunyi di negara ini hanya khabar angin.

Laporan berita antarabangsa baru-baru membayangkan Low Taek Jho atau Jho Low, individu yang menjadi tumpuan dengan skandal 1MDB, berada di negara ini.

Dr Mahathir menjawab soalan pemberita pada akhir lawatan rasmi lima hari beliau di China.

Ditanya apa yang beliau akan lakukan sekiranya Jho Low duduk di sebelahnya pada saat itu, Mahathir secara berseloroh berkata: “Saya akan gari beliau.”– BERNAMA