Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, seiring dengan kebanyakan bursa serantau, kata peniaga.

Ini kerana, katanya, kebanyakan pelabur masih mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan perang perdagangan antara dua kuasa besar dunia, China dan Amerika Syarikat.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Isnin berkata beliau akan mengenakan tarif 10 peratus ke atas import tambahan China bernilai AS$200 bilion.

Pada jam 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 13.98 mata kepada 1,789.78 berbanding ,903.76 pada penutup Jumaat lalu.

Indeks itu dibuka 11.90 mata lebih rendah pada 1,791.86.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 147 berbanding 79, dengan 147 tidak berubah, 1,393 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 178.28 juta unit bernilai RM99.92 juta. – MalaysiaGazette