Ahli Parlimen Kimanis. Datuk Seri Anifah mendedahkan dirinya bertindak meletak jawatan dan keluar UMNO kerana itu merupakan janji beliau kepada pengundi kawasan yang mempercayainya selain daripada keseluruhan rakyat Sabah.
Ahli Parlimen Kimanis. Datuk Seri Anifah mendedahkan dirinya bertindak meletak jawatan dan keluar UMNO kerana itu merupakan janji beliau kepada pengundi kawasan yang mempercayainya selain daripada keseluruhan rakyat Sabah.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kimanis. Datuk Seri Anifah mendedahkan dirinya bertindak meletak jawatan dan keluar UMNO kerana itu merupakan janji beliau kepada pengundi kawasan yang mempercayainya selain daripada keseluruhan rakyat Sabah.

Menurut Anifah dalam kenyataan sebentar tadi, beliau berikrar untuk meletak jawatan dalam parti dan Barisan Nasional (BN) seandainya gagal menunaikan janji dalam perkara-perkara berkaitan ‘Perjanjian Malaysia 1963’.

“Saya akur bahawasanya tanpa UMNO dan BN di tampuk kekuasaan, perjuangan saya tidak akan membuahkan hasil. Walaubagaimanapun, saya berpegang erat kepada apa yang telah dijanjikan sebelum ini, saya akan letak jawatan sekiranya perjuangan saya untuk rakyat Sabah tidak dapat diteruskan.

“Perjuangan saya dalam politik sangat jelas, saya bertegas mahu rakyat Sabah mendapat layanan sama rata dan setiap hak mereka dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebarang alasan dan dalih jauh sekali dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

“Ini berikutan Perjanjian Malaysia 1963 ialah titik mula penubuhan yang kita kenali sebagai Malaysia hari ini,” katanya panjang lebar.

Tambah Anifah, walaupun dirinya tidak lagi dalam UMNO namun akan tetap meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat Sabah.

“Tanggungjawab sebagai Ahli PArlimen dalam mengetengahkan kepentingan dan harapan para pengundi adalah keutamaan saya.

“Dalam pada itu, saya berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited dalam melaksanakan janji-janji mereka terutamnya mengembalikan hak Sabah dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963,” tegasnya.

Anifah yang merupakan bekas Menteri Luar hari ini mengesahkan keluar daripada UMNO.

Anggota Parlimen Kimanis itu berkata keputusan meninggalkan parti yang disertainya sejak lebih 25 tahun tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Anifah mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti 156 undi, mengatasi calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Bujang dan Jaafar Ismail dari PH. – Malaysia Gazette

Tinggalkan Jawapan