Temubual bersama Pengurus Besar SUEZCAP, Aqmal Azam Ahmad pada Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR- Pemaju kondominimun di Kampung Sungai Baru memerlukan 30 peratus lagi persetujuan daripada penduduk sebelum memulakan pembangunan.

Pengurus Besar Suez Capital Aqmal Azman Ahmad berkata, sehingga kini hanya 50 peratus penduduk daripada 360 unit rumah asal di kawasan itu yang menyatakan persetujuan untuk pembangunan di situ dimulakan.

“Setakat ini hanya 50 peratus yang menyatakan sokongan dengan rasmi tapi 60 peratus yang menyuatakan suara sokongan.

“Kita harap dengnan sokongan yang disuarakan Menteri Luar Bandar (Rina Mohd Harun) ini peratusan yang bersetuju akan meningkat lebih lagi di masa akan datang

“Kita anggarkan minimum 80 peratus persetujuan baru kita akan selesa memulakan pembangunan di sini,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau ditemui dalam majlis Ramai Mesra Penduduk Kampung Sungai Baru bersama Ahli Parlimen Titiwangsa Rina Mohd Harun yang juga merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar.

Sebagai pemaju yang bertanggungjawab, tambah Aqmal penduduk pangsapuri yang terjejas akan diberikan ganti sebuah kondomium manakala bagi pemilik rumah teres pula berpeluang mendapat pampasan tiga buah rumah kondominium bersesuaian dengan keluasan selain kemudahan transit.

“Pemilik rumah teres akan digantikan dengan rumah kondominium meingikut kebesaran / keluasan rumah boleh mencecah digantikan kepada tiga buah rumah.

“Kos kita belum anggarkan sebab kita belum hantarkan lagi rancangan pembangunan kerana belum capai lagi persetujuan kita. Selain itu kita sediakan kemudahan awam, transit juga kita berikan, kalau tidak mahu rumah transit di Residensi Kerinchi kita akan beri elaun bayar sewa rumah,” tambahnya.

Untuk rekod beliau memaklumkan Suez Capital telah mulai mendekati penduduk Kampung Sungai Baru untuk menyatakan hasrat membangunkan kondomium bertaraf lima bintang di situ sejak 2016.

Katanya lagi, penduduk kawasan itu berhak menikmati pembangunan seiring kemajuan yang semakin mesat di seklilingnya dalam masa yang sama memastikan ianya dilakukan tanpa menindas penduduk yang sudah berpuluh tahun menetap di situ.

Seperti mana kemajuan dan pembangunan yang pesat sedang berlangsung di sekeliling kampung itu termasuklah Kampung Baru namun

“Sebab kelilingan Kampung Sungai Baru ini sudah rancak pembangunan jadi kita tidak mahulah penduduknya ketinggalan dari segi pembangunan.

“Cadangan pembangunan kita sebagai contoh yang bakal kita adakan kita ambil kira konsep rumah minangkabau, rekaannya ada juga kita ambil kira aspek Islamik jadi ini sema ibaratnya kita tidak mahu ciri-ciri kemelayuan hilang dari Kampung Sungai Baru ini,” kata Aqmal lagi. -MalaysiaGazette