TERKINI : “Majikan Tanggung Sepenuhnya Levi RM10,000” – Guan Eng

62
0

Kerajaan membuat u-turn dengan meminta majikan menanggung sepenuhnya pembayaran levi sebanyak RM10,000 setahun bagi tempoh tiga tahun bagi seorang pekerja asing yang telah bekerja di negara ini melebihi 10 tahun.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sebelum ini mencadangkan supaya bayaran levi sebanyak RM10,000 itu dibuat dengan nisbah 80:20 yang mana pekerja perlu membayar RM8,000 setahun dan baki RM2,000 setahun ditanggung majikan.