Perkeso
Zakri Khir dilantik sebagai Pengerusi Perkeso berkuatkuasa 8 Oktober 2018.

KUALA LUMPUR- Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Zakri Khir sebagai Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggantikan Tan Sri Aseh Che Mat.

Dalam satu kenyataan di sini, PMO berkata, pelantikan Zakri akan berkuatkuasa 8 Oktober ini.

Zakri yang merupakan nama yang tidak asing dalam industri insurans tempatan merupakan rakyat Malaysia pertama yang dilantik sebagai Ketua Pengurus Negara di Allianz Malaysia Bhd.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance (Malaysia) Bhd.

Zakri juga merupakan ahli felo Institut Insurans Malaysia mempunyai 30 tahun pengalaman dalam sektor insurans dan pengurusan portfolio.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan