minyak

SINGAPURA – Harga minyak Amerika Syarikat mencecah paras tertinggi sejak empat tahun pada dagangan hari ini berikutan pasaran sudah bersedia menghadapi bekalan lebih ketat selepas sekatan ke atas Tehran dikuatkuasakan bulan depan.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) mencecah AS$ 75.90 setong sekitar 0630 GMT pada hari Selasa, tertinggi sejak November 2014.

WTI telah meningkat sekitar 18 peratus sejak pertengahan Ogos.

Niaga hadapan minyak mentah antarabangsa Brent diniagakan pada AS$ 85.28 setong, meningkat 0.4 peratus berbanding harga penut terakhir mereka. Harga itu tidak jauh daripada paras puncak AS$ 85.45 yang dicapai pada sesi sebelumnya, tertinggi sejak November 2014.

Brent telah melonjak lebih daripada 20 peratus daripada penurunan harga pada Ogos lalu. – MalaysiaGazette