KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk tidak memandang ke belakang jika mahu bergerak ke hadapan.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Muar itu turut mendoakan kesejahteraan Tunku Ismail agar sentiasa sihat.

“Ampun Tuanku. Jika kita sentiasa memandang ke belakang, sampai bila-bila kita tidak akan dapat maju.

“Patik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Tunku,” tulisnya di Twitter miliknya.

Sementara itu, Tunku Ismail turut membalas ‘tweet’ itu apabila baginda bersetuju 100 peratus dengan Syed Saddiq.

“Setuju 100%. Dan kepada mereka yang melakukan sesuatu secara sembunyi dan bernilai 20 bilion,” kata Tunku Ismail.

Semalam, Tunku Ismail memuat naik satu ‘tweet’ yang mempersoalkan tentang kesempurnaan seseorang namun tidak menyatakan secara jelas ‘tweet’ itu ditujukan kepada siapa.

Bagaimanapun ‘tweet’ Tunku Ismail itu ditujukan kepada Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang sebelum ini dalam satu posting di akaun Twitter miliknya menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan.

“Mementingkan kesempurnaan? Sama ada kamu mengalami delusi atau obses.

“Kamu masih dalam perut ibu kamu, budak. Buat sedikit kajian.” tulis Tunku Ismail. – MalaysiaGazette

TMJ tidak kaitkan sesiapa

Tinggalkan Jawapan