Rosmah Mansor
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor emasa kali pertama memberi keterangan berhubung kes SRC International di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 05 JUN 2018

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan penahanan isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan pengubahan wang haram.

SPRM dalam kenyataan memberitahu, penahanan itu dibuat setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Penahanan itu dibuat pada jam 3.20 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

kenyataan
Kenyataan SPRM berhubung penahanan Datin Seri Rosmah Mansor

Susulan itu, Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Rosmah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, jam 8.00 pagi untuk pertuduhan tersebut. – MalaysiaGazette

Rosmah hadir di SPRM buat kali ketiga

Rosmah bermalam di SPRM, didakwa esok

Najib selesai beri keterangan, Rosmah masih di SPRM

Senyuman dan Lambaian DS Rosmah Mansor selepas 13jam Beri Keterangan

Tinggalkan Jawapan