JUBA – Banduan di sebuah pusat tahanan di sini merusuh dan merampas senjata dari bilik stor.

Tahanan menuntut pembebasan tahanan politik, kata Voice of America.

Jurucakap kerajaan selatan Sudan tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Selatan Sudan dicengkam oleh undang-undang sejak tahun 2013 apabila tidak wujud persefahaman politik antara Presiden Salva Kiir dan bekas timbalannya, Riek Machar sehingga mewujudkan konfrontasi ketenteraan.

Sumber-sumber berkata, rusuhan itu telah mendapat kerjasama daripada pengawal penjara.

Penjara itu memuatkan 400 orang banduan dan separuh daripadanya menyertai rusuhan tersebut. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan