Foto Instagram Mia Ahmad.

KUALA LUMPUR – Pelakon Mia Ahmad dan suaminya, Mohd. Izham Tarmizi telah memilih Sayf Issa sebagai nama anak sulung mereka.

Perkara itu dikongsikan oleh Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi di Instagram miliknya.

“Bismillahirahmanirahim, introducing to you our bundle of joy, Sayf Issa Bin Mohd Izham Tarmizi.

“Was born at 3.27 kilogram on 28th of September 2018. Someone new to love is here.

“Thank you ya Allah for sending us a little baby to cuddle and love,” tulisnya.

Mia,30, dan Mohd. Izham, 27, yang juga penjaga gol kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Mia yang mula mencipta nama menerusi drama Hati Perempuan pernah keguguran sebelum ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan