TERKINI : Tanggungjawab Jiran Untuk Tegur Sebelum Buat Aduan – Mujahid

Mujahid berkata, sebagai seorang Islam perlu bertangngungjawab membuat teguran kepada jiran yang dilihat melakukan kesalahan yang bertentangan agama sebelum aduan dibuat.

“Sebagai seorang Islam, kalau kita nampak jiran kita lakukan sesuatu yang buruk, ia satu tanggungjawab untuk menasihatkan jiran kita.

“Jika anda lakukan perkara itu di rumah sendiri tapi tiada aduan, orang tak bising, ia tidak salah dalam bidang kuasa saya.

“Jika anda sudah melakukan pelbagai cara dan fikir kalau ia berlarutan dan boleh menggalakkan kepada tempat awam, kemudian baru anda boleh datang beritahu kami,” katanya.