Foto Reuters

SYDNEY – ANZ Bank membuang lebih 200 kakitangan termasuk eksekutif-eksekutif kanan kerana salah laku.

Tindakan itu dibuat susulan siasatan awam terhadap salah laku sektor kewangan, kata Ketua Eksekutif ANZ, Shayne Elliott.

Dalam ulasan umum pertamanya, Elliot berkata, bank ketiga terbesar di negara itu akan mengambil pendekatan paling tegas dalam menjatuhkan hukuman terhadap salah laku.

“Kita harus memecat pekerja apabila mereka terlalu lalai atau apabila mereka melakukan perkara-perkara yang jelas buruk dan menyebabkan kerosakan kepada pelanggan.

“Komitmen saya adalah untuk memastikan saya dapat menjaga akaun orang ramai,” kata Elliott kepada Jawatankuasa Ekonomi Dewan Rakyat.

Pada tahun lalu. kira-kira 10 orang eksekutif ANZ telah dibuang kerana isu berkaitan salah laku.

Isnin lalu, ANZ berkata, ia akan mengenepikan sejumlah A$ 711 juta (AS$ 506.59 juta) daripada keuntungan untuk kos termasuk pampasan bagi pelanggan yang terjejas disebabkan aamalan bank yang lemah.

Keputusan tahunan kewangan penuh bagi ANZ Bank adalah pada 31 Oktober ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan