NUSA DUA – Ketegangan perdagangan akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi Asia sehingga 0.9 mata peratusan dalam beberapa tahun akan datang, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Sehubungan itu, IMF menggesa penggubal dasar di rantau ini untuk meliberalisasikan pasaran bagi mengimbangi kejatuhan jualan eksport.

IMF juga memberi amaran dalam laporan dua kali setahun bagi rantau Asia Pasifik bahawa kemerosotan pasaran yang dilihat dalam ekonomi sedang pesat membangun akan bertambah buruk jika Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan bank pusat utama lain mengetatkan dasar monetari lebih cepat.

“Kegawatan yang telah dilihat di beberapa ekonomi pasaran sedang berkembang boleh bertambah buruk, dengan limpahan negatif ke Asia melalui aliran modal yang berkurangan dan kos pendanaan yang lebih tinggi,” katanya.

Changyong Rhee, Pengarah Jabatan dan Asia Pasifik IMF berkata tidak akan ada pemenang di Asia dari pergerakan perdagangan global kerana negara-negara lain tidak akan dapat mengimbangi sepenuhnya gangguan rantaian bekalan di China dan Amerika Syarikat yang merupakan dua kuasa ekonomi utama dunia.

“Gangguan pertumbuhan ekonomi hari ini, dari kawalan pasaran kewangan hingga ketegangan perdagangan dijangka mengambil masa.

“Atas sebab ini, adalah penting bagi penggubal undang-undang untuk menyelamatkan kedudukan mereka apabila masa benar-benar diperlukan,” katanya pada taklimat mengenai laporan itu.

IMF mengekalkan unjuran ekonomi Asia akan berkembang sebanyak 5.6 peratus tahun ini tetapi meramalkan pada tahun depan susut sebanyak 0.2 mata kepada 5.4 peratus dari April.

Penurunan ini disebabkan oleh kesan tekanan pasaran kewangan dan kawalan monetari di sesetengah ekonomi serta tindakan tarif antara Amerika Syarikat dan China, kata IMF.

Tarif sedia ada yang dicadangkan dan baru boleh menyebabkan kerugian kasar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1.6 peratus di China dan hampir 1 peratus di Amerika Syarikat, katanya.

Negara-negara lain di Asia, yang kebanyakannya membekalkan barang ke China melalui rantaian nilai global, juga akan menyaksikan penurunan dalam prestasi ekonomi dengan ketara.

Dengan semua faktor, pertumbuhan di Asia diramal menyusut sehingga 0.9 mata selama beberapa tahun akan datang, tambah IMF. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan