Tun Dr Mohd Khalil Yaakob

MELAKA – Lima menteri kabinet antara 419 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob kali ini.

Mereka yang merupakan antara 14 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran ‘Datuk Seri’ ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun; Menteri Kesihatan Dr Dzulkeply Ahmad; Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan MD Yusof; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata turut menerima DGSM ialah Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Borhan Dolah; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Roslan Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Jamil Salleh dan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) Ahmad Awang.

Yang lain ialah Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Dr Roslan Md Taha; Pengarah Urusan Kuala Linggi International Port Datuk Noormustafa Kamal Yahya; Pengarah Urusan Fazil Group Datuk Mohamad Fazil Shafie dan Pengarah Urusan GUH Holding Sdn Bhd Datuk H’ng Bak Tee.

Adly berkata Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mendahului senarai penerima itu bersama-sama 160 penerima lain pada istiadat penganugerahan sesi pertama hari ini manakala sesi kedua membabitkan 258 penerima dijadualkan pada 10 Nov.

Menurut beliau seramai sembilan akan menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran ‘Datuk Wira’ antaranya Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Omar Jaafar; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Dr Md Farid Md Rafik; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Hatta Md Ramli dan Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.

“Pakar perunding perubatan Datuk Seri Dr L. Suresh Raj; Pengarah Eksekutif Safz Auto Sdn Bhd Datuk Muhamad Faizal Zainol; Pengerusi Kehormat Persatuan Pelaburan China-Kesatuan Pelaburan Luar Negara Datuk Md Wira Dani Abdul Daim dan Presiden Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia Abdul Ghani Samsudin,” katanya.

Seramai 18 individu dianugerahi Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’ antaranya Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Tey Kok Kiew; Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Muhammad Jailani Khamis dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka Mohd Sofi Abdul Wahab.

“Pegawai Kewangan Negeri Melaka Hanafi Sakri; Penasihat Undang-undang Negeri Melaka Mohamad Abazafree Mohd Abbas; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Wong Fort Pin; Naib Presiden Amanah Senator Husam Musa dan Timbalan Ketua Audit Negara Zulkipli Abdullah,” katanya.

Adly berkata Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’ pula menyaksikan 59 penerima tahun ini antaranya Duta Besar Malaysia ke Myanmar Zahairi Baharim; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Jabatan Ketua Menteri Melaka Salhah Salleh; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Melaka Zaidi Johari dan Ketua ICT Melaka Wahilman Siwar.

Turut menerima DPSM ialah Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Melaka Mariam Ilias; Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Putra Specialist Hospital Melaka Dr K. Parameswaran; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Concord Green Energy Sdn Bhd Abdul Malik Mohd Hussin; Pengarah Syarikat Kujaya Group Wan Kian Han dan bekas Olahragawan Kebangsaan M. Ramachandran, katanya.

Katanya seramai 18 orang akan menerima Darjah Seri Melaka (DSM); 35 orang dianugerahi Bintang Cemerlang Melaka (BCM); 72 orang menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT); 100 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian PJK); 87 dianugerahi Pingat Bakti Masyarakat (PBM); dan tujuh orang menerima Pingat Khidmat Lama (PKL). – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan