Home Ekonomi AirAsia tawar diskaun sehingga 70 peratus

AirAsia tawar diskaun sehingga 70 peratus

81
0
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad menawarkan diskaun sehingga 70 peratus untuk semua destinasi dari 15 hingga 28 Oktober 2018 untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun 2019.

Ketua Pemasaran Kumpulan AirAsia, Amanda Woo berkata, orang ramai boleh menikmati tambah lebih rendah dari Kuala Lumpur ke Changsha, Tokyo, Kolkata, Bali, Phuket, Siem Reap, Yangon, Manila, Singapura, Kota Kinabalu dan banyak lagi.

Jelasnya, diskaun melibatkan lebih daripada 130 destinasi di seluruh rangkaian AirAsia dan AirAsia X untuk diterokai.

“Ahli AirAsia BIG dapat menikmati lebih banyak faedah seperti diskaun segera apabila mereka menempah terus di airasia.com dan aplikasi mudah alih kami.

“Bagi membuat tempahan dengan lebih cepat dan lebih mudah, simpan butiran kad anda dan bayar dengan hanya satu klik menerusi BigClick,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahli BigPay pula boleh menikmati yuran pemprosesan sifar dan lebih banyak faedah apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay.

AirAsia juga kini memperkenalkan hidangan terbaru iaitu Ayam Panggang dengan Sos Pesto Berkrim yang kini boleh didapati di dalam penerbangan.

Pratempahan hidangan kombo yang disertakan dengan minuman dengan hanya RM10 untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) di semua destinasi AirAsia.

Mereka yang akan membuat perjalanan di musim percutian ini dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan, dan menggunakan perkhidmatan daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih.

Perkhidmatan tersebut boleh didapati 14 hari dan sehingga 1 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

Bagi yang mempunyai bagasi daftar masuk, mereka dinasihatkan untuk tiba lebih awal untuk memastikan mempunyai masa yang mencukupi untuk mendaftar masuk bagasi mereka sebelum ke pintu masuk. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan