Pelabur asing menjual sejumlah AS$704.3 juta ekuiti minggu lalu berbanding AS$705.4 juta pada minggu sebelumnya. - MIDF Research
Menara MIDF di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pelabur asing melupuskan sejumlah RM1.05 biilion ekuiti tempatan minggu lalu. Ia merupakan pengeluaran terbesar dalam tempoh 16 minggu.

Meskipun begitu, Malaysia masih merupakan pasaran kedua terendah dalam aliran keluar dalam kalangan empat negara ASEAN minggu lalu.

MIDF Research berkata, pelabur antarabangsa merupakan penjual setiap hari sepanjang minggu lalu dengan menyaksikan jualan sebanyak RM227.2 juta pada hari Isnin.

Situasi itu tidak mengejutkan kerana ia adalah maklum balas kepada pembatalan kontrak kerja-kerja bawah tanah MMC Gamuda untuk projek MRT2.

Namun, jualan oleh pelabur-pelabur asing menurun kepada RM200 juta bagi tempoh dua hari – Selasa dan Rabu kerajaan bersedia mengkaji semula keputusan tersebut.

Firma penyelidikan itu menambah, hari Khamis pelabur asing menjual sejumlah RM327.9 juta – paras tertinggi dalam tempoh sebulan selepas Wall Street mengalami kerugian besar dalam tempoh lapan bulan semalaman ekoran syarikat-syarikat teknologi bimbang kenaikan kadar faedah.

Jualan asing mencecah separuh kepada RM173.8 juta pada hari Jumaat, selari dengan lantunan bursa tempatan sebanyak 1.3 peratus selepas berita memaklumkan Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping akan bertemu pada Persidangan G20.

Firma penyelidikan itu berkata, jumlah aliran keluar pelabur asing dari Malaysia sehingga Jumaat lalu ialah RM9.7 bilion, iaitu lebih daripada 90 peratus aliran tunai masuk bersih pelabur asing sebanyak RM10.3 bilion.

Katanya, penyertaan dalam kalangan pelabur asing, dana institusi tempatan dan pelabur runcit masih kekal dengan nilai dagangan purata harian (ADTV) lebih tinggi lebih 20 peratus. – MalaysiaGazette