Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.

KUALA LUMPUR –  Kajian Separuh Penggal ini menggariskan enam tonggak bagi menyokong pertumbuhan yang inklusif dan pembangunan yang mampan.

Tonggak pertama bertujuan mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam, diikuti tonggak kedua bagi memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat.

Tonggak ketiga bertujuan untuk mewujudkan pembangunan wilayah yang seimbang, sementara tonggak keempat adalah untuk memperkasa modal insan.

Tonggak kelima memberi tumpuan untuk meningkatkan kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau dan Tonggak terakhir meletakkan asas untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi meliputi semua sektor ekonomi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan