Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan lawatan ke Singapura pada 12 Nov ini yang antara lain bagi membincangkan isu perjanjian air dengan republik itu.

KUALA LUMPUR – Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dihadkan kepada dua penggal.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya perlu meneliti beberapa perkara terlebih dahulu bagi melaksanakan cadangan tersebut.

“Ia melibatkan Perlembagaan Persekutuan, kita ada beberapa perkara yang melibatkan perlembagaan.

“Kita hendak meneliti kesemua perkara itu yang mana pindaan perlu dilakukan kepada beberapa undang-undang berkaitan supaya tempoh menyandang jawatan PM, MB dan KM selama dua penggal sahaja dikuatkuasakan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pakatan Harapan (PH) untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri tidak melebihi dua penggal pentadbiran.

Mahathir yang mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) berkata, ia adalah sebahagian transformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam.

“Langkah segera untuk mereformasi sistem politik akan dilaksanakan. Perdana menteri juga tidak akan memegang portfolio lain,” katanya di Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan