KUALA LUMPUR – Datasonic Group Bhd menjelaskan syarikat atau mana-mana pengarahnya tidak pernah membuat pembayaran kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi pembekalan cip untuk pasport.

Syarikat itu memberitahu, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) memenangi kontrak lima tahun untuk membekalkan data dan sistem percetakan polikarbonat pasport berdasarkan setiap pasport yang dihasilkan melalui tender terbuka pada bulan April 2012.

“DTSB telah dianugerahkan untuk membekalkan 12.5 juta cip pada 15 Disember 2015 berdasarkan cadangan nilai keselamatan cip yang dipertingkatkan (untuk memasukkan cip yang terikat ke dalam dataran polikarbonat dan bukannya di belakang pasport).

“Dan harga 15 peratus lebih rendah berbanding kepada penjual terdahulu yang menyediakan penjimatan sebanyak RM56.25 juta kepada kerajaan dalam tempoh lima tahun, ” kata Datasonic kepada Bursa Malaysia.

Saham syarikat itu susut sebanyak 36.7 dalam dagangan pagi tadi selepas terdapat dakwaan ia mempunyai kaitan dengan kes pertuduhan Ahmad Zahid di mahkamah hari ini.- MalaysiaGazette