GEORGE TOWN – Dua warga Indonesia, seorang Myanmar dikenal pasti antara yang masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang.

Sebelum itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang mengesahkan dua mangsa yang maut ialah warganegara Indonesia dan Bangladesh.

Menurut twitter Bernama News Channel, pasukan mencari dan menyelamat masih melakukan operasi mencari mangsa di kawasan tanah runtuh di tapak pembinaan projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong malam ini.

Bomba juga meneruskan operasi mencari sehingga tengah malam ini namun bergantung kepada keadaan cuaca dan pencahayaan di kawasan tanah runtuh.

Kira-kira 200 anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Pulau Pinang – BERNAMA

Tinggalkan Jawapan