PUTRAJAYA – Polis berjaya menahan suspek warga asing dalam insiden langgar lari di Shaftsbury Square, Cyberjaya pada Rabu yang mengakibatkan kematian Wan Amirah Wan Alias, seorang Penolong Pengurus GTM Event Sales.

Ia berikutan penahanan tiga lelaki warga asing dari Timur Tengah dan seorang wanita tempatan berhubung kes tersebut, bermula 12 tengah malam tadi di Seri Kembangan dan Cyberjaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor menahan seorang lelaki Yemen berumur 22 tahun di Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan dan seterusnya di Verdi Residence, Symphony Hills Cyberjaya, membabitkan dua warga Libya berusia 24 dan 20 tahun serta seorang wanita berusia 32 tahun berasal dari Sabah.

Turut dirampas ialah sebuah kereta jenis Hyundai berwarna perak yang terbabit dengan kes berkenaan, katanya.

“Seorang daripada lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan Hyundai itu semasa kemalangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.-BERNAMA

Tinggalkan Jawapan