PKR

KUALA LUMPUR – Beberapa negeri yang mengadakan Pemilihan PKR hari ini kecoh apabila ramai ahli yang tidak berpuas hati dengan sistem pengundian e-undi yang dilaksanakan oleh parti itu.

Tiga cabang di Selangor iaitu Puchong, Gombak dan Petaling Jaya.

Kekecohan tersebut dipercayai membabitkan pertengkaran di antara penyokong bagi jawatan timbalan presiden, Datuk Seri Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Cabang Puchong kekecohan berlaku di pintu masuk utama pusat pengundian di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya di Seri Kembangan.

Beberapa pegawai polis juga dilihat berada di tempat kejadian.

Malah ada ahli yang bertindak meninggalkan dewan berkenan tanpa mengundi.

Di Gombak, perkara sama turut berlaku di pusat pengundian PKR Gombak di Sungai Tua pagi ini.

Ia berlaku semasa ketibaan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Di Petaling Jaya, Malaysiakini melaporkan beberapa ahli PKR Petaling Jaya Utara telah ditangkap kerana didakwa menjadi “pengundi hantu”.

Namun jumlah mereka tidak dapat disahkan.

Di Perlis, Pengerusi PKR negeri itu, Mohammad Faisol Abd Rahman berkata, ada pihak luar yang cuba mengelirukan pengundi pada proses pemilihan di negeri terbabit hari ini.

Calon Timbalan Ketua Cabang Arau itu mendakwa terdapat juga percubaan pihak tertentu yang menampal pelekat gambar calon tertentu di kertas senarai nama calon adalah tidak beretika sama sekali.

Perkara itu menimbulkan sedikit ketegangan pada proses pemilihan PKR Cabang Arau pagi ini.

Bagaimanapun, keadaan dapat ditenangkan petugas. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan