TERKINI: “MCA Perlu Tinggalkan UMNO dan Keluar dari Barisan Nasional” – Chua Soi Lek

60
0

MCA perlu tinggalkan UMNO dan keluar daripada Barisan Nasional (BN) kerana gabungan itu tidak lagi relevan sebagai sebuah parti politik, kata bekas Presidennya Tan Sri Chua Soi Lek.

MCA itu menurut Chua perlu menumpukan perhatian untuk mengukuhkan parti agar dapat diterima bukan sahaja di kalangan kaum Cina sahaja.

“Saya anggap MCA seharusnya keluar daripada BN.

“MCA patut berdiri sendiri untuk kuatkan parti dan jadi parti yang multi racial. Jangan tumpu sekolah cina sahaja, pengiktirafa UEC sahaja cakap pasal isu besar, saya tidak pernah dengan MCA cakap pasal urus tadbir, MARA, FELDA,”katanya ketika sidang media.

Chua sempat menyelar Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berkata akan menyingkirkan UMNO kerana parti itu tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.