Mohamad Yusoff Ibrahim
Timbalan Presiden Gabungan Teksi Semalaysia, Mohamad Yusoff Ibrahim bercakap kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil pejabat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) berhubung isu persaingan perkhidmatan antara teksi dan grab di Menara SSM, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab yang memonopoli industri pengangkutan awam di negara ini antara punca utama penyebab berlaku perceraian dalam kalangan pemandu teksi.

Timbalan Presiden Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM), Mohamad Yusoff Ibrahim berkata, ia berlaku susulan pemandu teksi hilang punca pencarian selepas Grab didakwa mencuri hampir kesemua pelanggan mereka.

“Saya minta jasa baik daripada kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad minta tolong beri kerjasama dengan pihak teksi.

“Hari ini kami betul-betul terjejas sampai hari ini nak hantar anak-anak kami pergi sekolah pun tak mampu.

“Ada yang gaduh dengan suami isteri, ada juga bercerai disebabkan oleh Grab yang mana digalakkan oleh Kementerian Pengangkutan sendiri,” katanya hari ini.

teksi
Kelihatan deretan teksi diparkir sambil menunggu para pelanggan yang semakin kurang menggunakan perkhidmatan mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di KL Sentral, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 OKTOBER 2018.

Mohamad Yusoff  juga mempersoalkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang masih membenarkan pemandu Grab mengambil penumpang sedangkan mereka masih tidak berdaftar dengan kerajaan.

“Sepatutnya menteri kena faham seorang pemandu boleh bawa pelanggan atau pelancong atau rakyat Malaysia tanpa ada lesen.

“Menteri perlu hentikan Grab serta-merta beri kepada teksi untuk beroperasi semula

“Kita ada pemeriksaan Puspakom, kita ada insurans dan kad pemandu, harga pun kita ikut meter tapi Grab tak ada apa-apa pun,” katanya.

Katanya lagi, Grab tidak ubah seperti kereta sapu dan tidak layak menunggu atau berhenti mencari penumpang di lokasi tumpuan orang ramai.

“Grab ini kereta sapu, kalau betul e-hailing sekurang-kurangnya 2 kilometer panggil baru dia boleh datang.

“Grab bukan boleh letak kereta di terminal bas atau lapangan terbang atau di pasaraya atau di mana-mana sahaja. Mereka tak layak berhenti di tempat-tempat itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan