Dr Ong Kian Ming
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming. foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2018

KUALA LUMPUR- Kerajaan telah menerima 21 kertas cadangan daripada syarikat tempatan dan luar negara berkenaan projek kereta nasional ketiga, kata Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, Ong Kian Ming.

Sebelum ini, MITI pernah mengumumkan telah menerima 14 kertas cadangan.

“Saya rasa rakyat Malaysia tidak perlu risau dengan keputusan Dyson untuk membuka kilang pengeluaran kereta elektrik baharu di Singapura kerana kita tidak akan kalah dengan Singapura,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan Forum Kecemerlangan Perniagaan Ketua Pegawai Eksekutif di sini hari ini.

Menurut Ong, kilang kereta elektrik tersebut sebaliknya memberikan kelebihan kepada syarikat-syarikat Malaysia kerana ia bakal menawarkan peluang untuk mereka menyertai rangkaian nilai.

Tambahnya, lebih banyak berita gembira mengenai pelaburan Dyson akan dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking apabila kembali dari lawatan kerjanya ke Bangkok.

Dalam pada itu, Ong berkata, banyak pemain industri yang tidak sabar menantikan pelancaran Dasar Industri 4.0 yang akan disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Oktober ini.-Bernama

Tinggalkan Jawapan