Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berhadapan enam pertuduhan pecah amanah bersama membabitkan lebih RM6.6 bilion di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berhadapan enam pertuduhan pecah amanah bersama membabitkan lebih RM6.6 bilion di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah.

Najib, 65, dan Irwan, 61, berdepan enam pertuduhan pecah amanah bersama membabitkan lebih RM6.6 bilion

Pertuduhan ke atas kedua mereka didengar di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Najib dan Irwan masing-masing mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan dan mohon dibicarakan.

Mereka didakwa mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.

Jika bersalah mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mengetuai barisan pendakwaan manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk K. Kumaraendran serta Datuk Geethan Ram Vincent bertindak bagi pihak Mohd Irwan Serigar.

Berikut adalah senarai pertuduhan:

PERTUDUHAN PERTAMA
Bahawa kamu bersama-sama pada 21 Disember 2016, di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, masing-masing, dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta tersebut, iaitu sejumlah RM1.2 bilion milik Kerajaan Malaysia, telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.

Hukuman:
Hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda.

PERTUDUHAN KEDUA
Bahawa kamu bersama-sama pada 21 Disember 2016, di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, masing-masing, dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta tersebut, iaitu sejumlah RM655 juta milik Kerajaan Malaysia, telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.

Hukuman:
Hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda.

PERTUDUHAN KETIGA
Bahawa kamu bersama-sama pada 3 Ogos 2017, di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, masing-masing, dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta tersebut, iaitu sejumlah RM 220 juta, peruntukan di bawah “Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB)”, milik Kerajaan Malaysia, telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.

Hukuman:
Hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda.

PERTUDUHAN KEEMPAT
Bahawa kamu bersama-sama pada 10 Ogos 2017, di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, masing-masing, dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta tersebut, iaitu sejumlah RM 1.3 bilion, peruntukan di bawah “Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai”, milik Kerajaan Malaysia, telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.

Hukuman:
Hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda.

PERTUDUHAN KELIMA
Bahawa kamu bersama-sama pada 23 Ogos 2017, di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, masing-masing, dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta tersebut, iaitu sejumlah CNY1,950,000,000.00 (bernilai RM1,261,065,000.00) milik Kerajaan Malaysia, telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.

Hukuman:
Hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda.

PERTUDUHAN KEENAM
Bahawa kamu bersama-sama pada 18 Disember 2017, di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, masing-masing, dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta tersebut, iaitu sejumlah RM2 bilion, milik Kerajaan Malaysia, telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.

Hukuman:
Hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan