Kerajaan sentiasa komited dan tegas dalam menyuarakan hak untuk mengkaji semula harga air kepada Singapura, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Kerajaan sentiasa komited dan tegas dalam menyuarakan hak untuk mengkaji semula harga air kepada Singapura, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

SINGAPURA – Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia yang akan datang, ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura.

Jurucakap kementerian menyatakan perkara itu menerusi satu kenyataan bagi menjawab pertanyaan media berhubung tarikh Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-9.

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan tidak menyebut sebab bagi penangguhan itu.

Dilaporkan pada 23 Okt bahawa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dijadual bertemu Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya bulan depan pada pemukiman pemimpin itu.

Sebuah akhbar tempatan, yang memetik Lee, melaporkan pemukiman itu akan berlangsung kira-kira 10 hari selepas Dr Mahathir berkunjung ke Singapura untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Dr Mahathir akan berada di sini bersempena sidang kemuncak itu yang dianjurkan oleh Singapura, selaku pengerusi ASEAN, selama lima hari mulai 11 Nov.

Edisi kelapan pemukiman itu diadakan di sini pada Januari tahun ini.

— BERNAMA

PM Singapura berkunjung ke Malaysia bulan hadapan

Tinggalkan Jawapan