Julia Flores masih sihat pada usia 118 tahun. Foto Channel NewsAsia
Dia yang mesra dengan panggikan Mama Julia meraikan ulang tahun bersama ahli keluarga, rakan dan pihak berkuasa tempatan di kediamannya.
Guinness Book of Records belum lagi mengesahkan usia Julia secara rasmi namun dia akan menjadi manusia paling tua di Bolivia dan ketiga tertua sepanjang zaman.

Pergunungan Andes Bolivia sebelum ini popular sebagai wilayah yang memiliki manusia yang panjang umur termasuk Carmelo Flores.

Lelaki dari suku kaum Aymara itu dikatakan hidup sehingga berusia 123 tahun.

Manusia paling tua secara rasmi adalah Jeanne Calment iaitu wanita Perancis yang meninggal dunia pada 1997, ketika berusia 122 tahun, 164 hari. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan