JAKARTA – Impian anak buah Bojan Hodak beraksi di Piala Dunia B-20 lebur apabila menamatkan cabaran di Kejohanan Piala AFC B-19 di sini dengan kekalahan 2-0.

Malaysia yang kalah dan seri sebelum ini gagal menyaingi cabaran China yang sudah tersingkir awal dan gagal layak ke peringkat seterusnya setelah tewas dua kali dengan jaringan 1-0, masing-masing kepada Tajikistan dan Arab Saudi.

Malaysia turun dengan misi wajib menang dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Pakansari itu.

Namun pasukan muda negara terpaksa pulang awal apabila Tao Qianglong dan Xu Yue masing-masing menyumbangkan satu gol.

Sebelum ini, Malaysia B-16 di bawah kendalian Lim Teong Kim juga gagal melepasi peringkat kumpulan Piala AFC B-16. – Malaysia:

Tinggalkan Jawapan