TERKINI: “Tun Mahathir Tersasul Ketika Umum Tarikh Persidangan Tahunan PPBM bukan UMNO”

266
0

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan persidangan tahunan kedua pada 28 hingga 30 Disember ini.

Tarikh itu diumumkan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi parti itu di Menara Yayasan Selangor di sini.

Menurut Dr. Mahathir, mesyuarat turut berbincang mengenai penambahbaikan sistem keahlian parti yang didapati menimbulkan banyak perkara berbangkit.

“Kita akan selesaikan masalah sistem supaya dengan mudah sesiapa sahaja boleh sertai PPBM,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Rais Yatim yang telah berjaya menubuhkan lapan bahagian PPBM di Negeri Sembilan.

Tinggalkan Jawapan