Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa. foto: AFIQ RAZALI, 08 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berharap peruntukan yang diberikan untuk pusat tahfiz tidak dikurangkan pada pembentangan Bajet 2019.

Sebaliknya beliau berkata, peruntukan yang cukup perlu untuk menangani masalah yang dihadapi oleh semua pusat tahfiz dalam negara seterusnya mencapai tahap antarabangsa.

“Jangan kurang, lebih Alhamdulillah.

“Untuk saya punya kementerian, peruntukan kepada tahfiz, dasar tahfiz negara kita ada banyak masalah yang dihadapi oleh menyelaraskan dasar tahfiz ini dan masalah lain yang timbul.

“Jadi saya mengharapkan dengan ada peruntukan di bawah kementerian saya diberi peruntukkan secukupnya untuk kita laksana dasar tahfiz negara ini dengan lebih berkesan.

“Tahfiz yang mencapai standard antarabangsa dan dapat menyumbang kepada negara. Itu harapan saya,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di lobi Parlimen.

Terdahulu kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan peruntukan kepada institusi tahfiz sebanyak RM110 juta. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan