Pemindaan Akta Kerja 1955 untuk mewajibkan cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja mungkin menyebabkan majikan memilih untuk tidak mengambil pekerja yang berumahtangga.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menjangkakan 60,181 peluang pekerja bakal tersedia apabila sejumlah RM80.2 bilion pelaburan langsung diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Menurut MIDA, pelaburan-pelaburan dalam bidang perkhidmatan, pengilangan dan sektor utama naik 17.7 peratus berbanding RM68.2 bilion sebelum ini.

Ia terdiri daripada 2,346 projek.

Di sebalik persaingan yang semakin sengit dan faktor global yang mencabar, Malaysia masih kekal kompetitif sebagai sebuah destinasi pelaburan kepada pelabur asing.

“Pelaburan asing meningkat sebanyak 35.3 peratus kepada RM26.5 bilion pada separuh pertama 2018 berbanding RM19.6 bilion tempoh sama tahun lalu.

“Peningkatan dalam pelaburan asing itu disumbang terutamanya oleh sektor pengilangan dan utama.

“Dalam pada itu, pelaburan domestik terus memacu pelaburan dengan nilai RM53.7 bilion yang mana 67 peratus daripadanya disumbang oleh pelaburan telah diluluskan dalam ketiga-tiga sektor,” katanya.

Prestasi pelaburan domestic juga menyaksikan peningkatan sebanyak 10.5 peratus daripada RM48.6 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan