KUALA LUMPUR – Hutang langsung Kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM725 bilion tetapi masih pada 50.7 peratus daripada KDNK pada akhir Jun 2018, kata Menteri Kewangan.

Pada akhir tahun 2017, hutang langsung kerajaan adalah RM687 bilion atau 50.7 peratus daripada KDNK.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, setelah mengambil kira komitmen luar jangka dan pajakan kewangan, jumlah keseluruhan liabiliti mencatat 80.3 peratus pada akhir 2017 dan berkurang kepada 74.6 peratus pada akhir 2018.

Bagi 2019, hutang rasmi Kerajaan Persekutuan sebagai peratusan kepada KDNK dijangka mencatat 51.8 peratus manakala jumlah liabiliti akan terus berkurang kepada 73.5 peratus. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan