Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun (duduk, tengah )sambil diiringi Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Datuk Amiruddin Ariffin (duduk, dua kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Norison Ramli (duduk, dua kiri) bergambar kenangan bersama peserta-peseta yang hadir pada Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Dewan Mustari, Hotel RHRUNITEN, Bangi, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2018.

BANGI – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menerima peningkatan peruntukan sebanyak 12.9 peratus daripada Kementerian Kewangan pada Belanjawan 2019.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, peruntukan yang meningkat daripada RM34 juta kepada RM38.5 juta itu merangkumi bidang pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan komuniti, kemahiran, latihan dan pembangunan konvensional.

“Yang banyak akan disalurkan adalah daripada segi pendidikan kemahiran jadi sudah pasti ini boleh membantu masyarakat luar bandar dengan memberikan kemahiran terutamanya golongan wanita untuk kita pertingkatkan keupayaan mereka dari segi sosio ekonomi mereka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Hotel RHR, Uniten Bangi hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Amiruddin Ariffin.

Dalam pada itu, Rina berkata, peruntukan keseluruhan bagi kementeriannya menyusut sebanyak RM1 bilion berbanding tahun lalu di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Tahun ini cuma RM8 bilion sahaja. Saya jangkakan ini kerana kita ada rombakan agensi di dalam kementerian. Bagaimanapun kita nampak ada peningkatan dari segi luar bandar, jalan raya, bekalan air, elektrik yang ada peningkatan daripada tahun lepas.

“Selain itu ada peruntukan khas yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Ini adalah satu inisiatif daripada Pakatan Harapan untuk membangunkan dan terus memberi fokus kepada masyarakat luar bandar,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, mulai Januari tahun depan, sebanyak 14 buah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) milik KEMAS Pintar modul pendidikan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STREAM) akan dibuat di setiap negeri.

Ia dibuka mengikut tema dengan kerjasama pintar bersama sektor korporat dan swasta yang merangkumi astronomi, marin, minyak dan gas, kesihatan, robotik, automotif, dan ruang angkasa.

TABIKA KEMAS Pintar STREAM Chabau, Jasin menjadi perintis di negara ini melalui projek bertemakan pendidikan model penerbangan. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan