Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas penganugerahan Darjah Bunga Paulownia oleh Maharaja Akihito.

Menurut beliau, penganugerahan itu membuktikan pengiktirafan kerajaan Jepun terhadap ketokohan Perdana Menteri Malaysia.

“Semoga penganugerahan dan pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kemajuan Malaysia,” katanya ringkas dalam Twitter beliau hari ini.

Ahad lalu, Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris dalam kenyataan berkata, darjah kebesaran kedua tertinggi negara itu, bakal dianugerahkan kepada Perdana Menteri atas jasa beliau dalam mengukuhkan hubungan rapat antara Malaysia dan Jepun.

The Grand Cordon of the Paulownia Flower” ini, secara tradisinya adalah pingat atau darjah kebesaran tertinggi kerajaan Jepun kepada penerima di kalangan pemimpin luar, khususnya Perdana Menteri serta Negarawan terbilang.

Dr Mahathir menerima anugerah itu dalam siri lawatan ketiga beliau ke Jepun dari 5 hingga 7 November ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan