Bekas Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit (VPP) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bergelar Datuk dibebaskan Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas direman bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai jutaan ringgit.
Bekas Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit (VPP) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bergelar Datuk dibebaskan Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas direman bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai jutaan ringgit.

PUTRAJAYA – Bekas Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit (VPP) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bergelar Datuk dibebaskan Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas direman bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai jutaan ringgit.

Majistret Khir Nizam Jemari turut membebaskan seorang lagi suspek berkaitan kes itu iaitu pemandu Bahagian Korporat Imigresen, Putrajaya.

Kedua-dua lelaki masing-masing berusia 47 dan 46 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam pada itu, tempoh reman terhadap seorang lagi suspek iaitu kakitangan di Bahagian Perkeranian dan Operasi, Bahagian Visa, Pas dan Permit, berusia 59 tahun, disambung selama dua hari bermula esok bagi membantu siasatan kes itu.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini ditahan reman selama tujuh hari bermula 1 Nov lepas bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kelulusan permohonan pas lawatan sosial.
Menurut sumber SPRM, bekas pengarah itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas proses rakaman percakapan pukul 9.40 malam, 31 Okt lepas.

Dua lagi suspek ditahan di kediaman masing-masing.

Menurut sumber itu lagi maklumat mendapati kesemua suspek disyaki telah menerima wang rasuah daripada ejen-ejen yang menguruskan pas lawatan sosial sebagai balasan memudahkan kelulusan permohonan pas itu daripada JIM pada tahun 2015 dan 2016.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan