Meterologi
Amaran angin kencang

KUALA LUMPUR – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di beberapa kawasan perairan di seluruh negara.

Kawasan-kawasan tersebut di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Terengganu, Kelantan dan Sarawak.

Jabatan Meteorologi berkata, angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan dijangka berlarutan sehingga satu tengah hari ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan