Polis Melaka menerima 10 laporan berkaitan Pemilihan PKR 2018 negeri yang diadakan pada Sabtu lepas (20 Okt), kata Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.
Polis Melaka menerima 10 laporan berkaitan Pemilihan PKR 2018 negeri yang diadakan pada Sabtu lepas (20 Okt), kata Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.

SHAH ALAM – Proses pemilihan PKR cabang Kuala Selangor yang tertangguh sebelum ini, berlangsung hari ini di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKL) Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Cabang itu mempunyai 17,737 anggota layak mengundi.

Proses pengundian menggunakan kaedah e-undi dijadualkan berlangsung dari 10 pagi sehingga 5 petang.

Sebelum ini, proses pemilihan cabang itu yang sepatutnya berlangsung pada 28 Oktober lepas, terpaksa ditangguhkan kerana masalah ketiadaan isyarat telekomunikasi di pusat pengundian di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Polis kemudian mengesahkan mengenai penemuan alat penghalang isyarat telekomunikasi di bahagian tempat duduk stadium berkenaan oleh petugas MDKL ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

Dalam pada itu, persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR di Selangor setakat ini menyaksikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului dengan undian terkumpul sebanyak 18,453 undi berbanding pencabar tunggalnya Mohd Rafizi Ramli yang memperoleh 15,045 undi.

Pada fasa pertama, kedua dan ketiga pemilihan di Selangor sebelum ini, Mohamed Azmin mendapat sokongan daripada 15 cabang – Sabak Bernam, Sungai Besar, Serdang, Subang, Kota Raja, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Petaling Jaya (PJ) Utara, PJ Selatan, Tanjong Karang, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.

Mohd Rafizi pula memperoleh sokongan daripada enam cabang melibatkan Hulu Selangor, Kelana Jaya, Kapar, Klang, Puchong dan Selayang.

Selangor mempunyai keanggotaan paling ramai disahkan layak mengundi iaitu sebanyak 249,850 orang dan dikatakan ‘kubu kuat’ kepada Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor. – Bernama

Tinggalkan Jawapan